Rabu, 21 Mei 2014

Dua Ribu Dua Belas

Dua Ribu Dua Belas.

selepas peperiksaan besar yang ramai takuti iaitu SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia  telah pun menutup tirainya.Masa itu aku masih mentah dan agak kebudak-budakkan , well memang aku tak tahu nak pergi mana.Duduk di rumah well main komputer je lah menjadi pembuangan masa yang tuhan berikan untuk aku tetapi aku slumber je membazirkan pemberian-Nya sehingga lah  pada suatu hari mak aku belanja KFC selepas melawat kampung aku , entah mana KFC ada dekat kawasan ala ala kampung , mula mula aku makan untuk mengalas perut yang kosong.dalam perjalanan pulang ke rumah aku iaitu di kampung subang.perut aku mula buat hal dan well aku keluarkan muntah yang agak menjijikkan.keluarga aku mula risau akan kesihatan aku.tapi hanya itu satu permulaan.

 
Dua Ribu Tiga Balas.



okey.ada dua minggu sebelum nak ambil keputusan SPM , masa itu pula ada penyakit sedang kacau tubuh sistem aku ni,kaki mula well mebengkak dan kalau ditekan ada air disekitar kaki aku.keluarga aku mula risau terutama sekali mak aku. mula mula diperiksa di Klinik At-Taqwa di Subang Perdana tetapi Doktor di situ tak dapat merawat aku dan menyarankan aku terus dihantar ke Hospital Sungai Buloh.Masa itu aku memang tak dapat tahan suasana hospital itu iaitu makan,minum,tempat tidur dan atmosphera well .Hari khamis , mata sebelah kanan aku pula tidak mengeluar gambar yang boleh dilihat.gelap dan gelap.doktor di Hospital Sungai Buloh tak dapat mengenal pasti penyakit aku sehingga terpaksa dihantar ke Hospital Selayang.Jarak diantara dua hospital tidak lah jauh tidak lah dekat tetapi dengan kesesakan manusia menggunakan kenderaan berkuasa kuda menyebabkan mengambil masa sejam atau sejam setengah.Para doktor telah mengesahkan aku berpenyakit SLE Kelas Ke-Empat.Masih selamat tapi tersilap langkah boleh cium bau tanah(Kubur).Keluarga aku pun tak memiliku ilmu pengetahuan tentang penyakit SLE ini.rujuk http://www.lupusmalaysia.org/bm/panduan-pesakit/slepanduan-untuk-pesakit.

aku diberikan bilik yang agak sederhana.well , kelas ketiga.para doktor telah menggesyorkan satu pembedahan untuk mengambil sedikit buah pinggan untuk diperiksa.aku pun tak tahu doktor nak buat benda itu , mungkin dia nak makan kot. keh keh keh.masa itu sudah hampir masa untuk mengambil keputusan SPM dan aku tidak dapat mengambil keputusan.keputusan aku agak cemerlang dengan usaha usaha aku beri semasa tahun dua ribu dua belas.well dah lah pernyakit memang aku tak dapat nak pergi mana mana institusi pelajaran sebab ibu bapa ku risau akan kesihatan aku .pemeriksaan mata , jantung, dan buah pinggan mengambil enam bulan(aku tak pasti).Tiga perbedahaan yang meliputi peha kiri , mata kanan dan belakang.enam bulan duduk rumah .masa itu semua kawan kawan seperjuangan memilih haluan sendiri.berpecah serata alam dan tanah air yang dinamakan ' Malaysia' ini.ada yang memilih perkerja,.aku sahaja yang melopong di rumah.ada aku pergi mintak kerja dekat KFC Subang Dua tapi ditolak mentah mentah .Ini dinamakan TAKDIR.

Bersambung~~~Mungkin ?